Wednesday, March 31, 2010

Dapat Voucher Jusco...

leh ajak hubby g jusco la nnt.. sbb td aku br dpt voucher jusco RM200.00 (training centre y aku g training mgg lps bagi).. byk gak tu..

nak beli apa ye? ..

Monday, March 29, 2010

Gelagat Haikal masa jln² kat IKEA

Sabtu 2 mgg lps kak izan ajak aku ngn haikal temankan dia p IKEA.. lgpun hubby lum balik dr offshore.. so kitaorg ikut je la... malas nak taip byk² so layan je la gmbr² haikal masa kat IKEA nie... nasib baik dia tak buat perangai... baik anak ibu...

Friday, March 26, 2010

Akhirnya settle gak training...

  
start dari ari isnin smp ari ni aku ada training LINUX kat Knowledgecom.. tu y agak byk ari x update blog.. bknnya apa , abis training kul 5.. terkejar2 balik umah rasa letih bdn.. ye la klu time opis cm biasa jarang sangkut jem time p ngn blk keja... mgg ni mmg naik lenguh gak la kaki aku ni redah jem.. tp demi ilmu aku gagahkan juga.. ni la kali pertama sejak 5 tahun aku keja kat cdc aku p training y berbayar mahai.. lps ni aku terikat ngn cdc 6 bulan la.. klu aku benti dlm masa 6 bulan ni aku kena byr blk duit training nie..

Friday, March 19, 2010

Haikal & Kekek

sian anak ibu.. tido kena kacau ngn kekek ( nama kucing - haikal y bagi ).. bkn main marah lg bila kekek kacau dia tido.. y kekek nie pun dia bosan main sekor2 , pastu keja dia ngacau org je la.. tak reti dok dia.. alih2 naik atas katil p tido skali ngn haikal..





Thursday, March 18, 2010

Dinner @ Taman Warisan Putrajaya


semalam aku bawa smua kuar mkn kat taman warisan putrajaya.. ajak depa makan satay hj samuri.. lps abis makan kitaorg lepak jap kat dataran putrajaya depan masjid..

Wednesday, March 17, 2010

Bila Haikal Pi Jalan² Tinggal Ibu

Hari ni kan aku tak hntr haikal g nursery sebab family aku dr kg ada kat umah.. kakak ngn abg ipar aku plan jln² pusing² KL. dah memandangkan haikal ada skali kat umah so dpt la dia ikut depa jln² sama.. depa p taman burung kl pastu ada lg la 2@3 tempat y depa p..
mak kata bukan main suka lagi haikal tgk burung² kat c2.. smp tak mo balik.. bila ajak balik mula la dia bt aksi bollywood dia ( guling² kat mana y dia dan nk guling ).. pny syok jln smp tak ingat kat ibu dia.. aku kol pun tak mo ckp ngn aku.. sedihnya...



Story pagi td..

Semalam my family smp dari kampung... sonok sgt.. rasa meriah umahku dr ari2 sebelum nie.. yela dah seminggu lebih aku dok berdua ngn haikal ja sbb hubby offshore.. so bila diaorg dtg cni rasa best la ckit.. haikal pun tak lah sunyi sgt sebab ada sepupu2 dia y leh layan dia main.. mmg aku tak mo hntr dia g nursery ari nie.. so aku tak dak la kejut dia bgn td.. rupanya dia dah lama jaga tp buat2 tido.. dia dok perhati ja apa aku dok bt.. bila ja tgk aku pakai tudung terus nangis.. jadi la sesi memujuk plak... nasib baik nangis tak lama...
** ari nie maktok jaga haikal kat umah.. nnt leh la main ngn baby akif... malam ni ibu bawa smua makan kat luar..sorry ye en hubby terpaksa kuar makan tanpa en hubby skali.. tu la sapa suh p offshore lagi.. he he he.. jgn marah ye my lovely hubby.. be ngn haikal sentiasa ingat dan rindukan abg..

muka budak bangun tido..




Klu dah leh main...

Sbnrnya story ni dah 2 mgg berlalu tp lupa nak update.. ye la bila pnyakit 'M' menular dlm diri.. sebelum hubby p offshore ari2 saja ja aku ajak hubby g giant kinrara bawa haikal g main kat tempat mainan kanak2 dlm giant tu.. dah lama dok nak bawa dia tp tak bawa2.. ari2 tercapai gak niat murni nie.. satu jenis mainan ja y dia minat nak main.. mainan y selalu kat mana2 kena masuk syiling pastu dia bergerak ada lagu.. klu dah leh dok atas mainan tu smp tak mo turun.. bdk2 lain tgk je la.. dia takkan turun selagi dia tak puas main.. smp kan hubby terpaksa ajak balik secara paksaan.. apa lg mengamuk abis 1 giant dgr suara dia...

 dgn muka y ada skit rasa bangga

 tgh usha mainan kat sebelah



Tuesday, March 16, 2010

Apa nak jadi ngn dunia skrg???

Tiba2 ja hati aku jd sayu bila baca berita kes buang bayi.. bayi tu tak berdosa sikit pun.. mmg tak berhati perut lgsg manusia ( tp layak ka depa y dok buang bayi ni panggil manusia. depa ni sbnrnya lbh kotoq dari binatang ) y bt kerja terkutuk cam ni.. masa buat maksiat tak ingat benih y bakal terhasil , tp bila dah ada hasil akhir dibuang sesuka hati.. klu tak mahu skali pun anak tu serah ja kat sapa y nak atau umah kebajikan.. ( mmg aku geram sgt kes2 cm ni ) 

nie kes buang bayi yang terbaru.. mmg binatang la mak pak bayi nie..

Monday, March 15, 2010

Entry Saja²

lately nie rasa malas plak nk update blog.. ntah mana dtg penyakit "M" ni pun tak tau la.. (sebelum ni pun malas gak)..
lgpun tak dak topik nk tulis.. nnt bila dah dtg mood n ada topik aku update balik k.. harap pengunjung² blog ku ini bersabar ya...

Monday, March 8, 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:
 Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. 

Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk. 
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa. 
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Doa Buat Anak Ibu..

1. Selalu amalkan baca "Ya Latif" sebanyak 7x dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Banyak bersabar dan yang utama, jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Cuba berbicaradengan baik dan guna kaedah memujuk.

3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hatianak2.

4. Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak 3x, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk si anak).

5. Baca surah Al-Fatihah, surah Toha ayat 1 hingga 5, diikutidoa Nabi Daud sebanyak 3x. Doanya "Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besinya (sebut namanya)".
~Kemudian hembuskan pada makanan dan pada minuman.
~kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya Latif sebanyak 129x diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud: "Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." Sebaik2 dibaca selepas Subuh, baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisikeluarga.

7. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 daripada surah Al-Imran yang bermaksud "Wahai Orang Yang Beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.aa'
~Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman"berulang2.Semua ini Insya Allah adalah doa pelembut hati.
~ Begitu juga
 surah Toha ayat 1 hingga 8, surah ar-Rahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain sepertiketika menemani anak menelaah buku dan membaca Al-Quran.

8. Bagi ibu yang bercita2 mendapat zuriat yang baik, amalkan ayat 38 daripada surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud, "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada TuhanNya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakankanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan."

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun2 anakdengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik2nya setiap malam ketika anak dalam keadaanbaru hendak tidur, ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa daripada ayat 74 surah Al-Furqan.


AYAT AMALAN:

1. Saat anak-anak bergaduh

Baca surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 takwa, dan jangan sekali2 kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2. Anak-anak pandai belajar

Baca surah Al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, "Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing2 (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran

Baca Surah Al-Anbiyaa, ayat 69 yang bermaksud, "Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim." 

~Juga Surah Al-Hasyr, ayat 22 hingga 24.

4. Anak-anak malas sekolah

Surah Toha ayat 1 hingga 5.

5. Bagi anak-anak yang suka keluar malam

Surah ar-Ruum, ayat 31. Baca sebanyak 33x.

** Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Thursday, March 4, 2010

Tahniah Nabil dan Helwa..


Tahniah buat Nabil dan Helwa sebab dah jadi ayah dan ibu..  moga dengan kehadiran baby boy nie menyerikan lagi kehidupan kalian berdua..

Wednesday, March 3, 2010

Meh la mandi kat swimming pool haikal nie


Isnin ari2 aku g giant beli brg ckit.. pusing2 dalam giant tu terjumpa swimming pool nie.. tiba2 teringat anak ibu y suka sgt main air.. so aku pun rembat la 1 u haikal... skali la ngn pelampung pink tu.. smp umah puas gak la aku ngn hubby tiup swimming pool tu.. akhirnya demi haikal berjaya gak kitaorg buh angin kat swimming pool tu.. bkn main syok lg haikal leh mandi...

hai kawan2.. meh la mandi dlm kolam ni sama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...