Thursday, February 16, 2012

Selamat Datang Khairul Azzam bin Mohd Firdaus

al-hamdulillah
tanggal 3 feb 2012 jam 1:01 tghari
lahir la seorg lagi ahli baru keluargaku
Khairul Azzam bin Mohd Firdaus nama diberi
( terpengaruh dgn citer Ketika Cinta bertasbih )
moga Khairul Azzam ibu ngn ayah nie ada ciri2 macam Ustaz Abdullah Khairul Azzam dlm drama tu
insyaAllah 
kronologi kelahiran Khairul Azzam
Rabu 1 feb 2012
ibu rasa pergerakan adik kurang sgt ari2
rasa x sedap ati pun ada
tp bila malam adik aktif balik macam sll 
Khamis 2 feb 2012
ibu pegi klinik jameaton untuk check adik
ibu bgtau doc yang smlm adik kurang bergerak
tp pg tu adik aktif balik
doc suh ibu baring nak cek jantung adik
doc kata denyut jantung ok
tp doc nasihat suh pegi hospital gak 
takut2 adik lemas bila adik kurang bergerak
doc bg ibu mc ari2 suh ibu rehat kat  umah ngn monitor pergerakan adik
tp disebabkan ada keja ibu y pending, ibu masuk opis jap ari2
tghari ibu blk umah dah tido
ptg ibu kuaq p amik abg haikal dr nursery
mlm tu ibu rasa x larat sgt nak masak
pastu abg haikal plak dok bt kelaku ja
ayah balik keja dalam kul 9mlm
ibu ckp kat ayah y ibu x masak sbb x larat
ayah ajak makan kat luaq
ayah cm dah leh rasa ja y adik nak keluaq cpt
jumaat 3 feb 2012 
jam 5:50pg - ibu terasa sakit perut selang 15 minit skali tp ibu leh tahan lg. x mcm masa ibu nak bersalin kat abg haikal dulu
jam 6:30pg - ibu solat subuh cm biasa. lps solat ibu baring jap bila sakit dtg
jam  6:45pg - ibu bgn p dapuq minum air pastu kemas beg abg haikal u ke nursery 
jam 7:00pg - ibu kejut ayah bgn tido n ibu bgtau y ibu rasa sakit cm nak bersalin. ayah tny ibu nak p hospital cpt ka. ibu ckp lmbt ckit la.. settle kan psl abg haikal p nursery dulu. ayah bgn mandi pastu ibu siapkan abg haikal.
jam 8:00pg - ayah hantaq abg haikal p nursery. sementara tu ibu siapkan beg u p hospital
jam 8:30pg - ibu ngn ayah keluaq dari umah u p hospital. tp biasala kan time tu mmg jalan jem ckit sbb org cbuk nak p keja
jam 9:15pg - ibu ngn ayah smp hospital. mula2 ayah nk drop ibu kat dewan bersalin dulu pastu baru ayah nak cari parking. tp disebabkan ibu x rasa sakit sgt so ibu ikut ayah parking keta skali. pastu baru jalan kaki p kat dewan bersalin tu
jam 9:30pg - sampai ja kat depan kaunter dewan bersalin hospital serdang , nurse tny ibu kenapa. ibu bgtau la y ibu rasa sakit selang 15 minit skali. terus nurse suh ibu masuk dalam. pastu nurse periksa tekanan darah ibu ngn air kencing. pastu nurse suh ibu baring atas katil ngn letak alat untuk cek jantung adik. masa tu kelam kabut  gak sbb nurse kata jantung adik laju sgt.. nurse suh ibu bertenang dan terpaksa masukan air u nk stabilkan denyut jantung adik.
jam 10:00pg - doc minta kebenaran ibu u cek jalan.. doc seluk ja terus doc kata jalan dah buka 4cm. cm x caya plak ibu time tu. ibu ckp kat doc y ibu nak kuaq sat jmp ayah. ibu sempat minta maaf ngn ayah dan minta ayah doakan ibu semoga selamat melahirkan adik.
jam 10:30pg - doc pecahkan ayaq ketuban
jam 11:00pg - nurse tolak ibu masuk labour room. selang 5 minit pastu ayah pun masuk teman ibu
jam 11:30pg - sakit ibu dah makin kerap. kdg2 tu ibu rasa sakit sgt smp ibu mengerang kat ayah. nasib baik ayah sentiasa bg semangat kat ibu.. ayah suh ibu selawat byk2. nurse cek bukaan masa tu dah buka 5 cm. nurse pesan ngn ibu jgn meneran lg
jam 12:40tghari - sakit makin menjadi2. ibu x tahan sgt. ibu bgtau nurse pelatih y teman ibu tu y ibu rasa mcm nak berak. cepat2 derang pggl nurse y senior. bila nurse senior cek bukaan dah buka 10cm. terus  nurse tu suh ibu teran. kali ni ibu dah pnd kawal penafasan masa bersalin. dalam dok teran tu doc pun masuk. 
jam 1:01tghari - 2 kali teran, ibu selamat melahirkan adik. lps ja adik keluar x smp 1 minit ibu terus dgq suara adik menangis. lps tu doc letak adik atas dada ibu. time tu ibu tgk adik buka mata sambil pandang ibu dgn ayah... ibu terus nangis tgk adik.. terharu sgt sbb adik dilahirkan dgn sempurna dan cukup sifat


ini lah dia permata hati kedua ayah dan ibu serta abg haikal
KHAIRUL AZZAM BIN MOHD FIRDAUS
ibu doakan adik menjadi anak y soleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...