Sunday, November 4, 2012

Ayah Dalam Kenangan... 1


AL-FATIHAH
Dari DIA kita datang kepada DIA jua kita kembali

Tanggal 29 October 2012 bersamaa dengan 13 Zulhijjah 1433 jam 9:30malam
Kami sekeluarga telah kehilangan ayah yang tersayang
Ayahanda telah kembali kerahmatullah setelah hampir seminggu bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

Seminggu sebelum aidiladha aku beria2 ajak suami balik kampung untuk beraya di kampung. Alasannya sebab sejak dari kami kahwin tak pernah lagi kami beraya haji di kampung. Ikutkan kami bercadang untuk balik kampung masa cuti deepavali dgn awal muharam. Rupanya kesungguhan aku untuk balik beraya merupakan aidiladha terakhir kami bersama ayah.

Sehari sebelum balik kampung , emak telefon bgtau yg ayah tak sihat. Mata ayah tak Nampak kedua2 belah dan tak boleh berjalan. Ayah juga ada mengadu yg sakit dalam perut. 1 tabiat ayah ialah ayah tak mahu ke hospital. Jadi mak dan kak long bawa ayah pergi klinik homopati iaitu klinik yg selalu ayah berubat sebelum nie. Ayah memang serasi berubat dengan kaedah homopati. Dulu masa ayah kena stroke doctor ni datang merawat ayah di rumah. Dari terlantar sampai boleh berjalan semula.

Hari selasa malam ayah tanya mak anak2 mana?  Tak balik lg ka?
Mak jawab esok lusa balik la diaorang tu. Kan dah janji nak balik raya ni.
Ayah terus diam

Kami bertolak balik kampung hari khamis jam 5 petang dan sampai di kampung jam 2pg hari jumaat.
Sampai ja aku terus ke bilik mak untuk jenguk ayah
Tengok ayah buka mata sambil mengerang sakit
Aku terus tepuk2 ayah tanya sakit kat mana?
Ayah jawab sakit perut
Lepas tu aku usap2 perut ayah.. ayah diam
Aku bgtau ayah yang akak dah balik nie.
Ayah angkat tangan kiri sambil pegang muka aku
Masa ni aku dah rasa sebak mengenangkan ayah dah tak nampak apa2

Ayah cakap yang ayah dahaga
Aku ambil air dah suapkan ke mulut ayah
Ayah minum tak banyak
Lepas tu aku suruh ayah tidur. Ayah pun tidur balik sambil aku tepuk2 ayah
Tak lama lepas tu ayah minta nak minum air teh
Adik buatkan air teh untuk ayah minum
Lepas minum ayah tido balik
Aku pun masuk tido sebab letih sgt

Kul 6:45pg aku bgn u solat subuh
Lepas solat aku jenguk ayah kat bilik
Tengok ayah tgh tido
Mak kata ayah xleh tido.. asyik mengerang sakit ja
Mak tgh siap2 nak pegi sembahyang raya
Mak pesan suh bagi mandikan ayah
Dlm kul 9pg aku minta hubby ( hubby tak p solat sebab letih memandu ) dengan anak buah mandikan ayah
Lepas ayah mandi pakaikan baju untuk ayah
Pastu aku buatkan air bagi ayah minum
Ayah cakap ayah lapar
Tanya nak makan apa ayah kata tak tahu
Aku ambil biskut letak dlm air pastu suapkan ayah makan
2 keping biskut gak ayah abiskan
Lepas mak balik dari sembahyang raya mak bg ayah makan ubat 
Lepas tu ayah tido balik
Kejap2 ayah bangun dan mengerang sakit
Mak telefon doktor bgtau ayah dok mengerang sakit perut
Doktor suruh beli Gaviscon bg ayah makan
Aku pun ajak lah adik ku kuar beli
Lepas tu mak suapkan gaviscon tu kat ayah
Lepas makan tu ayah macam ok sikit
Ayah sambung tido balik 

Aku cakap kat mak suh telefon makcik aku ( adik ayah ) bgtau keadaan ayah
Takut nnt diaorang marah plak bila tak bgtau
Malam tu juga family makcik datang ziarah ayah
Lama gak la diaorg duduk teman dan berborak dengan ayah


***nnt aku sambung lagi.. rasa sebak plak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...