Thursday, December 5, 2013

Hemoglobin (HB) Rendah semasa hamil

Dulu selalu dengar dan baca pasal HB rendah semasa hamil ni. amat berisiko kepada si ibu dan anak dalam kandungan. tapi sekarang saya sendiri yang alaminya.

Masa mula2 checkup HB saya berada pada paras normal lagi tp bila masuk minggu ke 20 HB saya turun kepada 9.5g/dL. mula la menggelabah kan sbb saya dah tahu risiko bila HB rendah nie.

Macam2 la saya makan untuk nak naikkan balik HB nie termasuk la amik supplement daripada shaklee. alhamdulillah setelah sebulan saya disiplin makan supplement shaklee nie HB aku naik kembali ke paras normal. ini daripada pengalaman saya sendiri. sekarang saya sedang hamil anak ke3 dan sudah masuh 26mgg.


Antara simptom awal anemia ni kepada ibu hamil
Sentiasa letih
Pening kepala atau pitam
Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
Warna kulit bertukar menjadi pucat
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepatLemah daya ingatan

Antara punca HB rendah
Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Risiko anemia di kalangan ibu hamil
Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Jadi aku syorkan kepada ibu-ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah nie boleh cuba pengambilan supplemet shaklee seperti di bawah nie:

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


berminat untuk dapatkan set ini boleh hubungi saya. 
setiap botol tahan penggunaan sehingga 3@4 bulan. 
memang berbaloi-baloi


Hanani Idha Abu Hassan
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1074200]
sms/WhatsApp [ 019-4709347]
nanie83@gmail.com

Thursday, October 31, 2013

Shaklee

Saya kini Pengedar sah shaklee anda id 1074200. Sahabat2 di kawasan semenyih/cyberjaya/kajang boleh dapatkan rangkaian produk kesihatan shaklee dengan pm di fb atau email ke nanie83@gmail.com



Saturday, August 17, 2013

Dah 6 Tahun Hidup Bersama


Al-hamdulillah..
Hari ni genap 6 tahun aku bergelar isteri kepada Mohd Firdaus bin Aziz
Rasa mcm baru lagi
Cepatkan masa berlalu.. umur pun dah semakin meningkat
Ulangtahun kali ini kitaorg tak raikan sgt pun
Cuma aku sempat beli sebiji kek ja
Tu pun anak2 yang lebih2 dari ibu ngn ayah dia

Al-hamdulillah dalam tempoh 6 tahun nie , banyak suka duka yang aku dan suami berjaya lalui
Biasalah adat berumah tangga mesti ada pahit dan manis
Tapi tu semua tak mematahkan rasa kasih sayang kami suami isteri



Ya ALLAH , kekalkan jodoh kami berdua hingga ke Jannah

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu

Sekarang ni Malaysia tengah dilanda dengan masalah jerebu
Aktiviti luar terpaksa dilupakan untuk sementara waktu sampai jerebu ni betul2 hilang dari pandangan mata
Sian anak2 nak main kat luar umah pun xleh demi kesihatan anak2 aku juga tambah si adik yang selalu gak semput

Jerebu kali ni memang teruk dari tahun2 sebelum nie smp jarak penglihatan kurang dari 1km

 ni permandangan depan rumah aku.. sepatutnya akan nampak kebun kelapa sawit dan Bukit Broga tapi disebabkan jerebu ni bukit broga dah seminggu hilang dari pandangan mata.. sedihnya... dah leh bayangkan betapa teruknya jerebu kali nie..

ni pula permandangan jalan ke opis aku di cyberjaya.. sepatutnya ada 4 bangunan tinggi di putrajaya yang leh nampak dari cyberjaya ni.. tu pun hilang gak dari pandangan mata.. huhuhu

ni gambar yang aku sempat ambil otw ke seremban jumpa adik aku ahad lepas.. jarak penglihatan memang kurang dari 1km.. 

tapi al-hamdulillah semalam banyak gak tempat yang dah hujan. moga jerebu ni cepat hilang dan aktiviti luar umah leh kembali berjalan macam biasa.. 

Thursday, May 30, 2013

Kami dah pindah rumah.......

Dah lama blog ni tak ber’update’. Bukannya tak dak benda nak cerita tapi rasa malas sangat. Malas tak abis-abis la..
Aku sekeluarga dah pun berpindah ke kediaman baru kami di Semenyih. Kira dah 2 bulan lebih la kami menjadi warga Semenyih. Penat pindah tu masih ada lagi. Barang-barang pun tak abis kemas lagi. Bila nak abis pun tak tahu la. Nasib baik la en. Suami rajin membantu buat kerja-kerja rumah (bertuah saya menjadi isteri kepada MOHD FIRDAUS AZIZ).
Kawasan perumahan kami kawasan baru , jadi memang tak ramai lagi la yang pindah masuk. Masih ada fasa yang belum dapat kunci lagi. insyaAllah hujung tahun ni ramai la kot jiran-jiran. Yang penting kiri kanan rumah aku dah ada penghuni. Tak lah sunyi sangat. Al-hamdulillah kami dapat jiran yang baik dan peramah. Rajin juga dok lepak kat luar rumah borak-borak sambil layan anak-anak bermain.
kadang-kadang rasa rindu pulak kat rumah sewa dulu. ye la 3tahun++ tinggal kat situ. banyak kenangan suka duka pahit manis. mula-mula nak pindah rasa sayu ja. tapi nak buat macam mana kan, sampai bila nak hidup menyewa ja. susah senang baik kat rumah kita sendiri. 

nak bagi anak-anak main basikal kat luar pun rasa macam selamat ja 

tenang ja depan rumah kami ni sebab tak mengadap rumah jiran..

ok la .. nanti aku sambung lagi cerita pasal rumah baru kami nie..

Thursday, March 7, 2013

Table top...

kali ni aku nak update pasal proses pembuatan "concrete table top" untuk kitchen cabinet rumah aku..

mgg lepas akhirnya siap juga table top aku nie setelah amik masa hampir 2 minggu ( jiran belakang umah aku upah indon seminggu ja dah siap ). tapi tak pe la lambat siap pun janji hasil kerja kemas dan memuaskan hati. aku tanya org yang buat tu kenapa lambat siap , alasan dia bagi sebab nak tunggu simen betul2 kering baru leh pasang tiles. kalau tak simen senang pecah balik. ok la alasan yang boleh aku dah suami terima lagi.

keadaan dapur aku sebelum proses pembuatan :

keadaan asal dapur aku yang pemaju dah siap buat cuma ada 1 sinki ngn paip air... kosong ja kan.. 

kerja-kerja pembuatan bermula.. 

dah naik konkrit.. nipis ja kan.. sebelah kanan skali tu aku buat tempat letak mesin basuh.. sebab kalau x buat macam tu memang kami tak tau nak letak mana mesin basuh plak nanti. nasib baik kontraktor tu bagi idea suruh buat camtu. lagipun dapur aku luas.. panjang saja dah 14kaki..

simen dah betul2 kering.. sinki pun dah pasang..

dah 95% siap

al-hamdulillah akhirnya siap gak table top kami nie... cantik tak? lepas ni lagi bersemangat la aku nak memasak.. saja aku pilih warna hitam sebab nanti senang aku nak pilih warna untuk kitchen cabinet aku plak.. sebut pasal kitchen cabinet ( KC ) ikut kata kontraktor KC aku nie paling awal boleh pasang dalam bulan 4 sebab bulan 3 ni dah penuh.

kotraktor leh tgk balik entry yang sebelum nie klik sini

** mood sekarang nie dah tak sabar nak pindah masuk..

Wednesday, February 6, 2013

Rumah : Pilih Kontrator

Kami cadang nak buat benda2 penting dulu sebelum pindah masuk
seperti table top  concrete , kitchen cabinet , wardrobe , plaster ceiling , grill dan alarm
sebutharga dah dapat , jadi kami dah pun pilih kontrator untuk semua ni..

table top dan plaster ceiling : World Century
* sebab apa kami pilih yang nie kerana harga yang agak murah dan hasil kerja kemas dan berkualiti.. hasil dari lawatan dua rumah yang dah siap diubahsuai memang aku dan suami berpuas hati. yang penting pekerja dia yang malaysia bukannya import dari seberang..

kitchen cabinet dan wardrobe : Everskill
* harga untuk kedua2 nie adalah paling murah yang kami dapat. memang dalam bajet kami.

grill : En Atan
* yang ni kakak ipar suami aku yang rekemen kan. harga pun boleh tahan murah juga.

alarm system : SS Automa on System
* kos alarm untuk rumah 2 tingkat macam rumah aku bawah RM2500. 

** kalau ada sapa2 yang berminat boleh la bgtau.. nanti aku bagi contact no.

Tuesday, February 5, 2013

Rumah : Lampu dan Kipas

Sebut saja pasal lampu dan kipas 
mesti dah boleh agakkan beli kat mana
bagi org KL dan Selangor memang tahu sangat dengan kedai yang jual pelbagai lampu dan kipas dengan harga yang murah.
bukan murah sikit tau 
beza harga dengan kedai2 lain memang amat ketara
kedai yang dimaksudkan ialah House Lighting


inilah hasil tangkapan kami kat House Lighting tu
kami beli yang biasa2 saja
ikut kemampuan la katakan

** jumlah duit yang dah abis untuk semua nie ialah RM1500++

Rumah : Sinki , Hob dan Hood

bila dah namanya rumah sendiri ni , macam benda yang nak kena fikir
terutamanya untuk bahagian dapur
sebab dapur tu akan jadi tempat wajib bagi aku sebagai seorg surirumah walaupun bukan sepenuh masa
pemilihan sinki , hob dan hood pun ambil masa yang lama juga nak buat keputusan
yang pertamanya kena lah tengak pada bajet dan yang keduanya sesuai tak dengan ruang dapur rumah aku
tapi en suami la yang banyak bagi idea untuk 3 benda nie , sebabnya dia rajin minta pendapat mr google

Sinki - kami ambil yang ada 3 bahagian sebab tiba2 ja en suami berkenaan yang macam ni. kalau ikut aku yang 2 bahagian pun dah ok. ni beli kat sungai petani tau.. punya la jauh kan beli. kebetulan kami balik kampung lepas tu saja la pegi survey kat 1 kedai kat taman sejati. tengah ada promosi untuk sinki. sinki yang 3 bahagian nie kami dapat RM200 percuma waste skali. 
ni la rupa sinki dapur aku nanti.. puas hati dapat sinki besar


Hobkami beli jenama Haier. en suami yang pilihkan
gambar dari mr google

Hood - en suami juga yang pilihkan... jenama Rubine. 

gambar dari mr google

** untuk sinki , hob dan hood ni pun dah abis RM 1700++

Monday, February 4, 2013

Selamat Hari Lahir Khairul Azzam

Al-hamdulillah
semalam ( 03/02/13 ) genap usia Khairul Azzam setahun
cepat sungguh masa berlalu
pejam celik pejam celik dah setahun ibu lahirkan Azzam
rasa macam baru ja lg
ibu masih rasa macam mana sakit bersalin kan Azzam dulu


Sayang,

Ibu doakan agar Azzam jadi anak yang soleh
anak yang taat pada perintah Allah
anak yang taat pada ibu ayah
di panjangkan usia
dijauhi dari perkara2 yang tidak diingini
anak yang tahu menghormati org lain
anak yang tinggi budi pekerti
anak yang boleh ibu dan ayah harapkan bila ibu ngn ayah dah tua nnt

ibu x pernah lupa untuk doakan anak2 ibu
moga Azzam dan abg Haikal jadi anak yang soleh..
ibu sayang anak2 ibu..

Sunday, February 3, 2013

Rumah : Part 1

 Al-hamdulillah
30/01 yang lepas dah dapat kunci rumah
terus check defect ngn org MKH
byk juga la minor defect yang kami jumpa
terutamanya crack kat dinding
major defect plak main stopper leaking dengan kat bilik airbilik utama xde air
org MKH bg tempoh sebulan untuk nak repair semua defect
tapi aku dgn hubby minta buat dulu untuk main stopper ngn bilik air tu
yang minor tu lambat pun xpe

jom layan gambar yang sempat aku ambil..

Bilik Haikal dan Azzam
Bilik untuk tetamu
Ruang keluarga
Ruang wardrobe dalam bilik utama
View dari bilik utama... leh nampak track Bukit Broga
Dapur
Bilik bawah
Ruang Tamu
Tempat letak kereta
Ruang Makan

Kontraktor untuk nak ubahsuai rumah dah cari dan belum pilih lagi yang mana nak ambil
semuanya bergantung pada harga
mana harga yang murah dan hasil kerja yang berkualiti
tu la yang aku dan hubby akan ambil

** lps nie banyaklah RM kami yang keluar... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...