Monday, March 8, 2010

Doa Buat Anak Ibu..

1. Selalu amalkan baca "Ya Latif" sebanyak 7x dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Banyak bersabar dan yang utama, jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Cuba berbicaradengan baik dan guna kaedah memujuk.

3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hatianak2.

4. Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak 3x, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk si anak).

5. Baca surah Al-Fatihah, surah Toha ayat 1 hingga 5, diikutidoa Nabi Daud sebanyak 3x. Doanya "Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besinya (sebut namanya)".
~Kemudian hembuskan pada makanan dan pada minuman.
~kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya Latif sebanyak 129x diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud: "Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." Sebaik2 dibaca selepas Subuh, baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisikeluarga.

7. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 daripada surah Al-Imran yang bermaksud "Wahai Orang Yang Beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.aa'
~Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman"berulang2.Semua ini Insya Allah adalah doa pelembut hati.
~ Begitu juga
 surah Toha ayat 1 hingga 8, surah ar-Rahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain sepertiketika menemani anak menelaah buku dan membaca Al-Quran.

8. Bagi ibu yang bercita2 mendapat zuriat yang baik, amalkan ayat 38 daripada surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud, "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada TuhanNya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakankanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan."

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun2 anakdengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik2nya setiap malam ketika anak dalam keadaanbaru hendak tidur, ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa daripada ayat 74 surah Al-Furqan.


AYAT AMALAN:

1. Saat anak-anak bergaduh

Baca surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 takwa, dan jangan sekali2 kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2. Anak-anak pandai belajar

Baca surah Al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, "Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing2 (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran

Baca Surah Al-Anbiyaa, ayat 69 yang bermaksud, "Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim." 

~Juga Surah Al-Hasyr, ayat 22 hingga 24.

4. Anak-anak malas sekolah

Surah Toha ayat 1 hingga 5.

5. Bagi anak-anak yang suka keluar malam

Surah ar-Ruum, ayat 31. Baca sebanyak 33x.

** Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

0 feedback rakan²ku:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...