Wednesday, February 6, 2013

Rumah : Pilih Kontrator

Kami cadang nak buat benda2 penting dulu sebelum pindah masuk
seperti table top  concrete , kitchen cabinet , wardrobe , plaster ceiling , grill dan alarm
sebutharga dah dapat , jadi kami dah pun pilih kontrator untuk semua ni..

table top dan plaster ceiling : World Century
* sebab apa kami pilih yang nie kerana harga yang agak murah dan hasil kerja kemas dan berkualiti.. hasil dari lawatan dua rumah yang dah siap diubahsuai memang aku dan suami berpuas hati. yang penting pekerja dia yang malaysia bukannya import dari seberang..

kitchen cabinet dan wardrobe : Everskill
* harga untuk kedua2 nie adalah paling murah yang kami dapat. memang dalam bajet kami.

grill : En Atan
* yang ni kakak ipar suami aku yang rekemen kan. harga pun boleh tahan murah juga.

alarm system : SS Automa on System
* kos alarm untuk rumah 2 tingkat macam rumah aku bawah RM2500. 

** kalau ada sapa2 yang berminat boleh la bgtau.. nanti aku bagi contact no.

Tuesday, February 5, 2013

Rumah : Lampu dan Kipas

Sebut saja pasal lampu dan kipas 
mesti dah boleh agakkan beli kat mana
bagi org KL dan Selangor memang tahu sangat dengan kedai yang jual pelbagai lampu dan kipas dengan harga yang murah.
bukan murah sikit tau 
beza harga dengan kedai2 lain memang amat ketara
kedai yang dimaksudkan ialah House Lighting


inilah hasil tangkapan kami kat House Lighting tu
kami beli yang biasa2 saja
ikut kemampuan la katakan

** jumlah duit yang dah abis untuk semua nie ialah RM1500++

Rumah : Sinki , Hob dan Hood

bila dah namanya rumah sendiri ni , macam benda yang nak kena fikir
terutamanya untuk bahagian dapur
sebab dapur tu akan jadi tempat wajib bagi aku sebagai seorg surirumah walaupun bukan sepenuh masa
pemilihan sinki , hob dan hood pun ambil masa yang lama juga nak buat keputusan
yang pertamanya kena lah tengak pada bajet dan yang keduanya sesuai tak dengan ruang dapur rumah aku
tapi en suami la yang banyak bagi idea untuk 3 benda nie , sebabnya dia rajin minta pendapat mr google

Sinki - kami ambil yang ada 3 bahagian sebab tiba2 ja en suami berkenaan yang macam ni. kalau ikut aku yang 2 bahagian pun dah ok. ni beli kat sungai petani tau.. punya la jauh kan beli. kebetulan kami balik kampung lepas tu saja la pegi survey kat 1 kedai kat taman sejati. tengah ada promosi untuk sinki. sinki yang 3 bahagian nie kami dapat RM200 percuma waste skali. 
ni la rupa sinki dapur aku nanti.. puas hati dapat sinki besar


Hobkami beli jenama Haier. en suami yang pilihkan
gambar dari mr google

Hood - en suami juga yang pilihkan... jenama Rubine. 

gambar dari mr google

** untuk sinki , hob dan hood ni pun dah abis RM 1700++

Monday, February 4, 2013

Selamat Hari Lahir Khairul Azzam

Al-hamdulillah
semalam ( 03/02/13 ) genap usia Khairul Azzam setahun
cepat sungguh masa berlalu
pejam celik pejam celik dah setahun ibu lahirkan Azzam
rasa macam baru ja lg
ibu masih rasa macam mana sakit bersalin kan Azzam dulu


Sayang,

Ibu doakan agar Azzam jadi anak yang soleh
anak yang taat pada perintah Allah
anak yang taat pada ibu ayah
di panjangkan usia
dijauhi dari perkara2 yang tidak diingini
anak yang tahu menghormati org lain
anak yang tinggi budi pekerti
anak yang boleh ibu dan ayah harapkan bila ibu ngn ayah dah tua nnt

ibu x pernah lupa untuk doakan anak2 ibu
moga Azzam dan abg Haikal jadi anak yang soleh..
ibu sayang anak2 ibu..

Sunday, February 3, 2013

Rumah : Part 1

 Al-hamdulillah
30/01 yang lepas dah dapat kunci rumah
terus check defect ngn org MKH
byk juga la minor defect yang kami jumpa
terutamanya crack kat dinding
major defect plak main stopper leaking dengan kat bilik airbilik utama xde air
org MKH bg tempoh sebulan untuk nak repair semua defect
tapi aku dgn hubby minta buat dulu untuk main stopper ngn bilik air tu
yang minor tu lambat pun xpe

jom layan gambar yang sempat aku ambil..

Bilik Haikal dan Azzam
Bilik untuk tetamu
Ruang keluarga
Ruang wardrobe dalam bilik utama
View dari bilik utama... leh nampak track Bukit Broga
Dapur
Bilik bawah
Ruang Tamu
Tempat letak kereta
Ruang Makan

Kontraktor untuk nak ubahsuai rumah dah cari dan belum pilih lagi yang mana nak ambil
semuanya bergantung pada harga
mana harga yang murah dan hasil kerja yang berkualiti
tu la yang aku dan hubby akan ambil

** lps nie banyaklah RM kami yang keluar... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...