Friday, May 7, 2010

Terima Kasih Mak


sempena Hari Ibu 9 mei nie.. aku tujukan entry nie khas buat mak y telah mengandung , melahirkan dan membesarkan aku selama nie.. 

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


bagi sapa2 y masih lg ada mak dan ayah , sayangilah dan bahagiakan lah mereka seperti mana mereka menyayangi kita..

buat mak : akak minta maaf kalau selama nie akak byk bt salah dan bt mak sedih.. halalkan segala makan dan minum akak.. mak la ratu dlm hidup anak2 mak..

0 feedback rakan²ku:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...