Thursday, October 18, 2012

Stock EBM untuk Khairul Azzam


Al-hamdulillah
saat ini aku masih lagi menyusukan Khairul Azzam dengan susu ibu sepenuhnya.
Azzam pun dah 8 1/2 bulan
Stok ebm Azzam setakat ni ada lebih kurang 170oz

mudah2an ALLAH permudahkan urusanku untuk terus susukan Azzam dengan SI hingga dia berusia 2tahun.


Monday, October 8, 2012

Ragam 2 beradik

Assalamualaikum

dah lama rasanya blog nie tak ber"update"
bukannya xdak cerita nak tulis tp masa x mengizinkan
ada ja keja yang nak di buat
balik rumah mmg x sempat lgsg la nak "update" blog nie
sibuk melayan karenah anak2
abg cara dia
adik pun leh tahan gak
tambah la ni klu dia nak apa2 dah pnd mengamuk
belajaq dari abg dia la katakan
apa yang abg buat semua dia dok rakam ja

layan ja la gambar dua beradik ni..

 sorg naik "walker" sorg lg motor.. pastu pakat lawan langgaq


pantang ayah turun kereta. pakat nak dok kat tempat ayah


 si abg berangan nak jd baby balik.. adik plak dah lama dok geram ngn motor abg

suka tgk gambar nie.. sejuk ja tgk dua beradik nie leh bergurau senda sama2


 dalam kotak pun leh jd tempat bermain dua beradik nie


abis tudung saji ibu pakat dok bt sampan.. gasakla jnj x bergaduh

doa ibu untuk anak2 ibu:
semoga kedua2nya menjadi anak yang soleh
anak2 yang boleh ibu dan ayah harap bila kami tua nnt
anak2 yang pandai jaga nama baik keluarga

Thursday, July 5, 2012

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa

bulan puasa dah makin dekat.. bg ibu2 yang menyusu mesti susah ati kan nk menghadapi termasuk la aku.
mudah-mudahan info ni berguna pada diri sendiri dan pada ibu2 menyusu..

info dari majalah pa & ma



Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Wednesday, July 4, 2012

Khairul Azzam dah 5 bulan


3 julai 2012
Khairul Azzam dah berusia 5 bulan
Al-hamdulillah masih lg fully breastfeed

Semalam bawa adik p check-up + injection
kat Poliklinik An-Nur Seri Kembangan

Hasil check-up adik ari nie
Berat adik dah 8.1kg
Masa 4 bulan 7.6kg
Masa 3 bulan 6.8kg

Adik la ni dah pnd angkat bontot bila meniarap
sebenarnya meniarap ni pun adik baru ja betul2 pnd dlm seminggu dua ni ja
bila dpt meniarap terus dah leh angkat2 bontot dia
klu dok melentang dia suka buat pusingan 360 darjah

la ni suka main air liur sgt2
abis rambut ibu gugur
pastu suka masuk tangan ngn benda dlm mulut
x cukup tgn dia, tgn ibu ayah ngn abg pun dia nak sumbat gak

balik kg baru2 nie
smua org kat kg x larat nak dukung dia
dukung sat ja pun dah rasa lenguh
tu la hasil penangan susu ibu sepenuhnya

Monday, June 18, 2012

Pneumococcal Vaksin

ari jumaat lepas bawa azzam amik suntikan pneumococcal yang dos pertama.
1 suntikan rm245 dan kena amik 4 dos untuk complete kannya.
tp ada promotion 3 dos bayar + 1 dos percuma.
klu nk ikut mahal mmg la mahal kan
tp untuk kesihatan anak2 berkorban la ckit duit ringgit nie
lgpun azzam dok nursery

sblm amik suntikan ni dah bincang ngn doc kat Poliklinik An-Nur Seri Kembangan dulu
dan doc suggest suh amik sbb bdk2 dok nursery senang dapat penyakit
sbb mudah berjangkit dari budak2 lain.

bulan depan cadang nak amik untuk haikal plak
tp klu umur haikal kena 1 suntikan ja
sian haikal sbb lmbt tahu psl nie


sumber yang aku amik dari FB hospital bersalin pasal pneumocaccal..

Perlukah suntikan imunisasi Pneumococcal utk anak2 kita?

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan). Lihat Vaccination. Kali ini saya akan menulis mengenai Pneumococcal.

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.
* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.
* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.
* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadfi apabila bacteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.
* boleh juga menjadi meningitis
* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil
* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.
* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

Tuesday, May 22, 2012

Stock susu untuk Azzam



Al-hamdulillah rezeki untuk Khairul Azzam pagi ni w/pun ibu berpuasa

Hari ni aku start ganti puasa yang tertinggal masa bln puasa lps
Mula2 risau gak takut susu drop tapi al-hamdulillah sesi mengepam kat opis td dapat gak 9oz

Azzam dah 3 ½ bulan
Makin bam-bam dan dah rasa x larat nak dukung dia la nie
Dan masih lagi fully breastfeeding
Aku berazam kali ni klu boleh aku nak susukan Azzam sampai 2tahun
Nak tebus balik masa Haikal dulu Cuma sempat smp 8 bulan ja
Sbb xdak ilmu lg psl breastfeeding nie
Kali ni aku dapat byk ilmu y dikongsi opismate aku
stok ebm pun al-hamdulillah boleh backup untuk ramadhan nnt

ya ALLAH... Engkau permudahkanlah usaha aku untuk menyusukan Khairul Azzam sepenuhnya dengan susu ibu sehingga dia berusia 2 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...