Saturday, May 14, 2011

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

artikel ni aku amik dari blog dr. azwan

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selamat Mencuba!


Thursday, May 5, 2011

sbb kenapa haikal suka mai opis ibu....

pantang pelawa ikut ibu mai opis time ibu kena keja malam
nak ikut ja
tp ikut ada sbb tau

tgh khusyuk.


nak tau tgh buat apa tu
tgk gmbq kat bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ni la sbb nya nak sgt ikut aku mai opis malam2
nak main games lawan2
ni smua pakcik amir la y ngajaq
siap dalam keta dok habaq nak main lawan2 y pakcik amir bawa 

Thursday, April 14, 2011

susu dengan terpi ayat-ayat al-quran

baru2 ni ada terbaca post abg ipaq kat blog hubby psl susu y ada terapi al-quran
nama susu tu SUSU ILHAM
abg ipaq aku kata dia dah try bg anak dia minum so far macam berkesan
so lps tu aku try menggunakan perkhidmatan pakcik google u nak tau apa kelebihan susu nie
ini lah yang aku dpt dr pakcik google


SUSU PENUH KRIM ILHAM

Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran
Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik  dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

KHASIAT BADAM
penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, 
ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau 
dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya

KHASIAT BUAH KURMA
Sejenis tumbuhan atau dikenali dalam bahasa saintifiknya
sebagai PHONEX DACTYLIFERA yang berbuah
dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah

KHASIAT KISMIS
Buah anggur yang dikeringkan
Penggunaan kismis dalam pelbagai tradisi dan budaya
mungkin berbeza di antara satu sama lain
namanya juga berbeza di antara pelbaia budaya dan bangsa

TERAPI AL-QURAN
Ayat-ayat al-quran diterapkan di dalam proses penyediaan 
susu ilham menjadikan ia bahan pemakanan kanak-kanak
yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
penyediaan susu ilham menerapkan 30 juzuk al-quran
dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran,
perasaan, jiwa dan budi pekerti anak anda terpelihara
insyaALLAH


harga susu ni sekotak RM48.90
ada 3 jenis , susu untuk 1-3tahun , 4-7tahun (vanila dan coklat)
survey punya survey kat mana ada jual susu nie
terjumpa 1 blog yang doctor jameaton
skrg dah buka jameaton shoppe plak
sebelum ni sll gak dok p dapatkan rawatan kat klinik dia
so balik keja ari isnin lepas terus la cari kedai nie kat Putra Walk Equine
jimat duit pos 5 hengget.

dah 2 ari try bg haikal minum susu tu
setakat ni mmg habis la dia minum sebotol
haikal ckp sedap
demi haikal aku akan cuba lakukan apa ja y terbaik 
mudah2an haikal akan jadi anak y soleh
ibu mana y xmo tgk perubahan positif u anak masing2

Monday, April 11, 2011

entry spontan - no tajuk..

tiba2 ja terasa nak tulis entry nie.. tak tau apasal apa..

lately nie aku sll dgq dr kawan2 ngn sepupu ( pompuan k ) y depa dah preegy 2nd baby
sedih plak tiba2
ye la klu nk ikutkan aku x keguguran dulu mesti la ni aku tgh menghitung ari nk bersalin
tp nk buat cm na , lum ada rezeki haikal nk dpt adik lg
kita hanya merancang tp ALLAH yg tentukan semuanya
mungkin ALLAH dah janjikan rezeki lain u aku , hubby ngn haikal

kdg2 sian gak kat haikal , main sorg2 ja bila dok umah
nak aku ngn hubby layan dia sepanjang masa mmg xleh la
byk keja umah nk buat lg
skrg ni y jd mangsa haikal ialah anak kucing
bila tny haikal nk adik x.. cpt ja jwb nak
nak baby boy atau girl... haikal jwb baby girl 
hehehe

la ni pun aku dah rasa kekok nak pegang baby
xtau la nnt klu haikal ada adik cm na.. lg kekok la kot
sbb haikal pun dah nak masuk 3tahun

insyaALLAH ada gak rezeki kami nnt
(ayat nak pujuk diri sendiri)


Wednesday, April 6, 2011

Rumah baru utk kiki , cici dan comel

ari sabtu lps kiki , cici ngn comel dpt umah baru
umah banglo 4 tingkat
mmg dah lama nak beli sangkar baru u kucing2 peliharaan kitaorg ni
masa cici beranak tu lg , tp duit asyik x cukup ja
sangkar y lama tu kecik n selesa la klu buh 2 ekoq
bila dah ada comel ni agak kurang selesa u depa
ikutkan anak cici ada 4 ekoq tp 3 ekoq dah mati
tggl la comel sekoq.. mula2 y tu pun cm nyawa2 kucing ja
nasib baik smp ari ni masih segar bugar


cmni la rupa rumah baru kucing2 aku 
(sory gmbq pakcik google ja.. lupa nak snap gmbq real)

 bdk kecik ni y sama naik ngn kucing.. 
punya la ngmauk nk masuk sama dlm sangkar kucing

dia ingat ibu ngn ayah beli umah mainan kot u dia.
nasib baik x ngamuk nak tido dlm sangkar kucing ni
klu x haru plak nnt

Tuesday, April 5, 2011

pancing ikan

story ni sebenarnya dah lama masa aku blk kg bulan 2 ari2
tp lupa nak update dalam blog
sbb xdak notebook kat umah sama masa tu
ni bila belek2 balik gmbq dlm hp terjumpa la gmbq nie 
baru ingat nak update 

dah jadi kewajipan aku ngn hubby bila balik kubur panjang
kompom mancing ikan keli dlm kolam mentua aku
tp kali ni haikal pun join sama mancing
sebelum ni dok tgk ja ayah ngn ibu dia mancing 
hubby pun bg la 1 pancing kat dia , mula2 buh buah ja kat mata kail tu
ok la mancing tp bila lama sgt x dpt2 ikan dia suh hubby buh umpan y betui
tu la nk kelentong anak sgt..

tgk.. semangat kan pancing ikan..

jgn main2.. dpt gak ikan keli kat dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...