Tuesday, August 25, 2009

Hari keempat puasa

hari nie dah masuk ari keempat umat Islam berpuasa...tp tak tau la kot² ada org y saja² tak mo puasa... bg aku ramadhan kali ni paling tak best sbbnya aku kena berpuasa sowang² ja... hubby kena onshore kat terengganu 2 minggu... tinggal la aku ngn c kecik tu... nasib baik gak ada haikal... klu tak mesti boring aku kena dok sowang².

nak makan apa buka puasa ptg nie? bila dok sowang² nie jadi tak tau fikir nk mkn apa. sayang , cepat la balik..

Gelagat Muhammad Haikal


ni baru lps mandi... xmo pakai baju


tak reti dok diam sungguh anak ibu nie


ada jer keja y dia nk buat..dok usung kasut dlm bilik hotel...al maklum la 1st time dok hotel..1 benda y baru bg dia...


Cuti² KK Sabah - part 1 15/8/09

Sempena ulangtahun perkahwinan aku ngn hubby...kami sefamily berpeluang bercuti di KK. itupun sbb dapat tiket MAS murah giler..mana nk sangka leh dpt tiket flight g balik u aku..hubby ngn haikal cuma RM346 ja ( murah kan )...



masa kat klia..tgh tgg nk masuk..


ni gmbr dlm flight..tgk la haikal tu..bkn main lg dia



apahal y smp pejam mata tu


jenis tak takut ngn org bdk nie...slumber dia ja duduk kat org y dia tak kenai


tgk kamera nie syg...


Monday, August 24, 2009

Besday Haikal y pertama

Punya la lama amik masa nk update blog...sb aku nie jenis malas ckit nk bt blog nie... 1 ogos 2009 y lps aku ngn hubby bt sikit majlis u c kecik haikal sempena 1st besday dia.. tu pun slps seminggu post pone. besday dia y sbnr 24 july...
ramai gak tetamu y aku jemput datang..al-hamdulillah makanan aku tak membazir... y c haikal nie jenis bukan kisah org ramai kat umah dia..yang dia tau dia nk kuar main kat luar rumah. pantang tgk pintu grill terbuka..tgk2 dah ada kat luar..maklum lah org baru dapat kaki...mana reti dok diam...
ni salah 1 hadiah y dia dpt...suka bkn main lg...

Wednesday, February 4, 2009


CiNTa....

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...