Sunday, January 31, 2010

Rajinnya anak ibu...

 
ayah... tgk la anak ayah y soeg nie... rajin sgt tlg ibu kemas umah... ibu dok kalut kemas umah dia lagi kalut.. p dapur amik penyapu ngn penyodok pastu tolong ibu sapu sampah sambil membebel sowang2..


Tuesday, January 26, 2010

Kereta idaman


kereta idaman hubby ngn aku... insyaALLAH

Monday, January 25, 2010

Hubby kena Offshore lagi

bosannya aku malam ni.. hubby p offshore lagi.. ptg td bertolak p kemasik esok pagi baru g rig.. balik keja cm biasa amik haikal kat nursery.. smp umah haikal terus ngamuk nk hp sebab nk tgk kartun backkom.. tp memandangkan ayah dia dah amik hp tu aku buka la pc suh dia tgk kat pc ja.. tak mo plak sebab tak leh nk pegang.. bdk2 zaman sekarang nie klu dgn hp... aku dulu dah sekolah menengah baru merasa nk pegang hp... lepas tu lepak depan tv layan channel 611 dgn haikal.. masuk magrib solat ( tak mandi lg sbb klu aku mandi nnt ada ja org nak mandi gak wpun dah mandi kat nursery... kena tgg dia tido dulu baru leh mandi ). lps solat layan haikal meragam ( ye la tak dapat apa y dia nak ) , tgk news... buka pc updates apa yang patut ( sementara nk tgg awan dania ) n solat isyak. klu hubby tak dak kat umah aku mmg tak masak u mkn malam ( ertikata nya leh la aku diet ). lepas abis awan dania terus masuk bilik n tido...


* tu la keja aku klu hubby offshore.. 

Batuk dan Selsema

Hari sabtu lepas aku ngn hubby bawa Haikal g try amik ubat kat Klinik Wangsa , Wangsa Maju.. Jauh kan , dari seri kembangan pastu p wangsa maju. perjalanan amik masa lebih kurang sejam la campur ngn sangkut kat jem MRR2. kat MRR2 tu sepanjang masa jem...
sebenarnya haikal nie dah seminggu batuk ngn selsema.. bila dia batuk tu rasa takut ja dengar sebab kahak dia banyak.. sebelum tu aku dah g klinik kat seri kembangan yang selalu aku p tp cm tak dak perubahan ja.. dok kat opis aku pun saja la google cara nk ilaungkan batuk u budak2.. tiba2 aku terjumpa sati blog y kata ada 1 klinik kat wangsa maju nie dia guna kaedah wap muka guna menthol crystal. aku pun ajak la hubby p c2. mana la nk tau kot2 berkesan..
1st skali doctor check paru2 haikal doc kata mmg byk kahak.. so doc minta u sedut dulu kahak tu.. sebelum sedut kahak doc bagi gas dulu u cairkan. apa lg si haikal tu melalak la dia tak mo guna gas... lbh kurang 3 minit bg gas doc pun sedut kahar kat hidung dia guna wayar kecik...mmg byk giler kahar dia...
pastu doc bekalkan 2 ubat kahak ngn batuk ( ni u manggalakkan batuk dan kuarkan kahar ) dan menthol crystal u wap kan kat hidung ngn mulut dia. kos rawatan dia ok la (RM48). kat umah aku pun buat la apa y doc suh buat iaitu wap kat hidung ngn mulut dia... bukan main melalak lg dia. sebab menthol crystal tu berangin.. rasa pedih la sikit.. tp alhamdulillah la lps dua ari buat steaming tu batuk ngn selsema haikal pun dah makin kurang. klu dia tido tak lah batuk sgt. tiap kali dia muntah mmg byk giler kahak kuar... ok la tu kan.. harap2 lepas nie haikal antibodi haikal kuat. lgpun dok nursery nie risiko nk kena selsema tu tinggi... 


klu sapa2 y terbaca artikel ni dan nak try leh la p klinik wangsa nie.. dia bkn u kanak2 ja , dewasa pun boleh.. aku ngn hubby pun try gak buat steaming tu mmg rasa best ja n lapang dada.. ini alamat klinik tu



Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

Friday, January 22, 2010

Health Info : SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS...... jika kita sayang anak kecil kita.(BEWARE)

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh.Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan  CT scan otak ( Brain CT Scan).Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

                       

Health Info 

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) 

                      
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan

seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. 

                   
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang

dewasa.Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu

berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya

ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ). 

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

                        
PENCEGAHAN
                      
1.  Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2.  Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3.  Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara   waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

4.  Minta bantuan orang lain.

                                                             

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi                         seperti buaian.  

Thursday, January 21, 2010

Alahai Haikal...


tgh main keta control .. sampai meniarap bawah meja


y atas mainan tu kat hospital serdang , tgh tgg time check-up.. 
y lg 1 tgh cbuk menumbuk sayur.. pantang nmpk lesung batu dia dulu y bt keja


handsome tak saya nie...???

Sunday, January 17, 2010

Welcome Akif Khalish Rahimi


16 Jan 2010 , kakak aku selamat melahirkan anaknya y ke-5 merangkap cucu mak ngn ayah aku y ke-6. maknanya haikal bkn cucu y bongsu lg la... abis la saham haikal pasni... dah tak leh nk manja2 ngn maktok n tok ayah... he he he..





Thursday, January 14, 2010

PHoToCoPy MuKa AyAH SuNgGuH...


klu tak pakai meter nie pun mmg dah leh agak haikal ikut muka sapa , kan?? 

Dinner @ Food Court Giant Kinranra

malam tadi aku ajak hubby kuar g giant nk beli barang ckit... so dah alang2 kuar tu makan malam kat luar je la terus kan... lgpun mgg nie adalah minggu malas nak masak... dari umah n sepanjang jalan pikir punya fikir nak makan apa.. akhirnya aku ngn hubby pilih nak makan sizzling.. dah lama tak makan... aku amik Yi Mee Lada Hitam n hubby amik Mee Sizzling Ayam.. nak kata sedap sangat tu tak la , org kata kategori not bad... 



ni lah Yee Mee Lada Hitam


Hubby dah lapar sgt.. panas2 pun dia belasah ja


u budak kecik ni aku beli kat dia walfer... bkn makan sgt pun.. berterabur ja kat bawah baby chair dia tu.. ssh betul nk makan la budak kecik nie.. tak tau la nak buat cm na lg bg dia selera makan.

Tuesday, January 12, 2010

"malam nie abg masak untuk sayang"

he he he... best plak dgr ayat tu masa balik keja ptg td.. cm tak caya ja hubby masak u makan mlm nie...
hubby : be tak yah masak la malam nie
aku   : tul nie ? ( cam mimpi ja )
hubby : betul...malam nie abg masak u be.. be dok rehat layan la citer CINTA BALQIS tu..
acctually hubby baru ja sampai dari miri ptg td... ok gak hubby nak masak, leh la aku rest.. penat giler drive ari nie. dah la pg tadi sangkut dalam jem kat sejam.. balik keja td pun jem gak pastu campur ngn ujan y selebat2nya... cm nk tercabut ja kaki nie...






kacang buncis goreng ikan bilis
ikan keli masak lemak cili api


teror la..skali masak dua menu terus


ini lah hasilnya... sayur..masak lemak cili api ngn ayam kampung goreng


** tak sangka pandai hubby masak... alangkah indahnya klu selalu cam nie.. kan sayang?

Akhirnya...

tahniah buat diri aku sendiri.... ntah apa2 la kan ucap tahniah kat diri sendiri... bukannya apa , td aku g maybank nk update buka asb... nak gak tau brp dividen aku dpt... al-hamdulillah byk juga la dividen y aku dpt... pastu pegawai maybank offer aku u bt asb loan.. ditambah plak ngn dorongan dari kak izan... akhirnya terlaksana juga la impian aku... mmg aku dah lama niat kat ati nak bt asb loan tu tp asyik tertangguh ja... ni pun u masa depan ang ngn family aku gak.. aku buat tak lah byk sgt sbb takut tak cukup plak u commitment lain nnt... so aku buat takat y aku mampu nk byr bulan2 je la... tak pa klu ada rezeki lebih nnt aku tambah lah lg pelaburan aku.. target lepas nie nk buat GOLD SAVING plak... 

Monday, January 11, 2010

Pergilah Air Mata

he he he... jgn salah faham plak k... ni tajuk novel y aku dok cari... sebelum nie aku dok baca siri dia kat internet tp dia stop smp episod 48 ja pastu kuar novel.. ari2 diaorg buka u booking tp aku dah terlambat... kat mana aku nk cari novel nie.. bknnnya tak leh nk kuar p cari kat kedai buku tp bila ada penyakit M nie payah la nk ckp.. masa sebelum kawin dulu hubby sll gak ajak lepak kat KLCC.. kat c2 kat ada 1 kedai buku y besar kat tingkat atas.. tak ingat la nama kedai buku tu sbb lama tak g KLCC.. 


best giler citer nie... cm nak nangis pun ada...aku ni baca novel apa pun smua nk tangkap nangis.. smp kena marah la ngn hubby... al maklumlah terlalu menjiwa watak...cm rugi plak kan klu tak leh tau kesudahan citer ni... nk gak cari novel nie sampai dapat...


aktiviti si ekal bila dok ngn ibu dia - part 3

acara wajib bila dok ngn ibu ari cuti...apa lg TIDO la.. sebelum tido mesti nak tgk video klip kartun BACKKOM y ada dlm hp aku dulu.. ulang la tgk lg dia tak ngantuk.. tp bila dia dah mula mengantuk tu dia nk suh psg plak zikir@selawat.. al-hamdulillah anak suka dgr zikir... mungkin ni  la hikmatnya kot sebab masa pregnant kat dia dulu aku suka dgr zikir@selawat.. siap letak headphone kat perut lg bg dia dgr.. smlm dia tido dr kul 12tghari smp kul 3ptg... perhhh lama btl anak ibu tido...




tgk la...tido pun sambil pegang hp...

aktiviti si ekal bila dok ngn ibu dia - part 2

setelah 1/2jam ( campur skali di kacau oleh ekal ) berhempas pulas nak siap kan nasi goreng kampung y tak berapa nk kampung sgt.. maka siap la u di mkn.... 


ni u aku.. + tongkeng ayam goreng ( yumm yumm sedap nya )



ni ekal punya.. tak nyempat2 nk mkn


kat dia aku letak nasi ckit ja tp bykkan sayur.. nasib baik dia nk mkn sayur


cbuk nk tgk tv sama


suap nasi kat mulut ka kat idung sayang? punya kusyuk tgk tv.. padahal aku buka channel HISTORY ja bkn kartun pun




aktiviti si ekal bila dok ngn ibu dia - part 1

pagi semalam aku dok cbuk2 nk buat nasi goreng u bekfes menrangkap lunch skali adalah sorg bdk kecik nie menyibuk sama kat dapur.. nk tau apa yang dia buat .... tgk gambar kat bawah nie
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


tgh cbuk kupas bawang..


dgn penuh kusyuk..


buat tak tau ja org amik gmbr dia..
and then y paling best..
-
-
-
-
-
-
-
-

dia makan bawang tu macam makan buah epal ja..
( ekal ni pantang jumpa bawang )

Friday, January 8, 2010

Wajah Kesayangan Ayah dan Ibu



ni adalah antara pose2 yang menarik dari HAIKAL

Thursday, January 7, 2010

Ya ALLAH... Tabahkan hati hambaMU ini..

hari nie aku rasa betul2 sakit hati dan marah.. sebelum ni aku boleh sabar lg bila hubby bgtau y dia kena g OFFSHORE.. tp pg nie darah aku menyirap abis.. tak pnh aku rasa marah smp macam nie skali.. baru je ptg smlm smp balik dari bintulu.. pg td dia bgtau aku kena g miri plak ari nie.. balik umah tak smp 24 jam pun.. aku tak faham la apa jenis bos dia nie.. tak dak hati perut kot... mmg la dapat elaun byk tp duit tak tentu lg bleh jamin kebahagiaan dan beli kasih sayang family.. smp bila aku nk kena hadapi ini smua?? aku nakkan hubby aku yang dulu balik.. y selalu ada masa u family waktu weekend.. skrg nie nk plan bercuti atau jln2 pun ssh.. nk blk kg pun susah.. sian aku tgk haikal dan mcm kurang perhatian dari ayah dia.. skrg nie dia byk memberontak bila apa y dia nk tak dpt.. kdg2 aku pun bknnya leh bg 100% tumpuan kat dia.. mana lg nk buat keja umah.. nak layan dia.. nk teman dia main.. sabar ye sayang ibu.. mungkin ada hikmah y ALLAH nk bg kat kita nnt..
insyaALLAH nnt klu ibu ada masa ibu bawa haikal g jln2 k.. kita g sunway lagoon ka.. tak pa la klu ayah tak dak pun kita p 2 org ja.. ayah haikal kan sll busy... skrg nie dah ssh nk ajak ayah p mana2.. janji ibu ada kan sayang..


Monday, January 4, 2010

1st day keja di tahun 2010

pagi nie aku bgn awai dari sebelum2 nie. sebab ari nie 1st day sekolah bukan ngn kena rushing hntr haikal g nursery.. faham2 je la klu sekolah dah buka nie , jln y sebelum nie lenggang akan jd jem.. aku kuar dr umah kul 6.30pg.. singgah hntr haikal kat nursery pastu terus gerak ke opis.. smp ja kat simpang nk masuk ke taman aku dah nampak jem sepanjang2nya.. Aduh!!! masak cm nie.. klu dah jln kat umah dah jem.. tempat lain lg la.. smp je kat jln kelang lama , mmg betul apa y di duga...  kat 1/2jam aku sangkut dlm JEM!!! sebelum nie dtg keja 20 minit ja ari nie dah jd 1jam..

TENSIONNYA


Sunday, January 3, 2010

Bosannya.. Hubby OFFSHORE lg...

hari nie hubby kena p offshore lg kat Bintulu..flight kul 11.30pg.. baru je balik dr offshore ari ahad lepas pastu kena offshore lg... sejak hubby keja kat scopetel nie kerap sgt aku ngn haikal ditinggalkan.. masa hubby ngn kitaorg pun jd terhad... ni pegi offshore tak tau la brp lama plak..harap2 kejap je la.. 


tghari td aku bawa haikal kuar g kedai beli brg dapur sikit..si kecik tu bila dapat naik keta bukan main syok lg... dgr lagu siap terhincut2 bdn...bila g kedai tu mcm2 la y dia nk.. paling pantang dia klu nmpk mainan... klu tak dpt apa y dia nk mula2 tunjuk perasaan.. merajuk nya smp ke rumah.. gasak la.. tak mau manja kan dia sgt... nnt sikit2 nk apa2 ja kena belikan plak.. biar dia tau y ibu ngn ayah dia nie bknnnya org kaya pun..


balik umah basuh baju n kemas umah.. haikal cbuk main ngn mainan dia y penuh 1 khemah.. mainan dah byk pun nk juga y lain.. yang dok ada tu pun tak larat nk main.. abis ja kemas umah layan MELODI kat tv3.. pastu solat zohor n layan tido ngn haikal smp la kul 4ptg.. best giler dpt tido tgh ari tanpa gangguan... selalu nya haikal ni ssh ckit nk tido siang lama2.. kul 3pm hubby kol bgtau dia dah smp Bintulu n otw g hotel.. esok baru chopper ke rig..


bgn tido agak bosan giler tak tau nk bt apa... aku ajak haikal basuh keta.. keta pun dah lama sgt tak basuh sebab malas.. sejak dok umah teres nie keta tak pnh hntr car wash lg.. selalu cuci sendiri.. jimat ckit duit.. klu hntr car wash kena RM8. tp klu cuci sendiri ni tak la sebersih kat car wash.. buat mana y rajin ja.. janji puas ati...

Friday, January 1, 2010

Malam Tahun Baru 2010

Tak dak la celebrate tahun baru beria2 pun... cuma semlm g opis cyber ada buat BBQ dan majlis perpisahan u saufy .. tak ramai pun y dpt join sbb masing2 dah ada plan lain... kitaorg smp cyber dlm kul 8.45mlm.. smp je mknan dah ada y siap di BBQ kan.. y best nya tak yah ssh2kan diri nk bergelumang ngn asap sebab Microtel dah sediakan tukang masak khas u mlm tu... so nk mkn order ja... menu nya MACAM2 ADA....

aku lepak kat cyber smp kul 10.30mlm je..mls nk lepak lama2.. plannya nk balik tgk bunga api tahun baru kat umah.. sebab dari umah aku nmpk KLCC.. tp tunggu punya tunggu detik 12mlm tak dak pun bunga api dr KLCC tu.. bunyi tembakan bunga api je y ada... tak dak sambutan tahun baru rupanya kat KLCC.. layan tgk kat tv je la dgn perasaan yang hampa...

bgn pg nie dgn azam y baru... ceh!!! poyo je lebih kan... tp apapun aku harap 2010 nie akan lebih memberi sinar dan kebahagiaan buat aku n family... dan harap2 tahun nie tercapai la impian aku ngn hubby nk ada keta baru n umah sendiri...

** nnt aku upload gambar BBQ kat cyber..lum transfer lg dr kamera..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...